10 KEK YANG MEMPESONA DI SEKITAR PETALING JAYA
Posted by Eat Cake Today on
Kalau cerita tentang kek mesti kalian memikirkan tentang kek yang bulat dan dihiasi frosting. Tapi tahukah kalian yang kek pada zaman dahulu hanyalah roti yang bersalut madu, buah, dan kekacang? Menarik sunggah! Sejak itu resipi kek telah berubah rupa dan diinovasi sehinggalah dapat pelbagai variasi kek yang kalian minat! Dari kek coklat yang moist sehinggalah burnt cheesecake yang lembut dan berkrim, setiap kek ini ada personaliti dan daya tarikannya yang tersendiri dan inilah yang membuatkan mereka teman yang terbaik untuk apa sahaja majlis! Tak percaya? Lihatlah sendiri 7 kek yang mempesona pilihan kami ini:
Sekali pandang je Belgian Noir Chocolate Cake ni dah dapat rasa dah dia punya aura klasik seperti filem hitam putih kegemaran kalian. Kek coklat ini segak bergaya dengan Blazer coklatnya yang kemas dan topi buah-buhannya yang segar. Siap sedia untuk temu janji kalian dengan kek colkat ini yang pasti akan memikat selera anda dengan isinya yang moist~
Kalau minat kek yang lebih klasik boleh cuba Burnt Cheesecake ini! Pada luarannya memang nampak macam kek ni dibakar terlalu lama, tapi sebenranya ia dibakar pada suhu yang tinggi supaya luaran kek ni rangup dan isinya lembut dan berkrim. Kalau nak sesuatu yang membankitkan selera kalian dengan satu suap, Burnt Cheesecake kami sedia membantu~
Diri rasa macam nak sesuatu yang tradisional tetapi lain daripada yang lain? Pandan Gula Melaka Cake ini mungkin akan kena dengan selara kalian! Bila je kalian dapat rasa kek pandan yang dicampur dengan rasa-rasa kegemaran kalian seperti gula melaka dan kelapa parut dalam bentuk kek? Rasa tradisional yang kontemporari~
Kek pisang dan gula melaka. Pelik kan kombinasi ni? Gula Melaka Banana Cake ni membuktikan bahawa kombinasi dua bahan ni boleh berharmoni dan melahirkan citarasa baru! Paling best ada potongan pisang di celah lapisan kek pisang. Rasa berkrim dari pisang itu berharmoni dengan lapisan kacang almond yang direndam dalam sos gula melaka. Dah cuba baru tahu nikmat dia!
Anggun dan menarik perhatian seperti bintang pop kegemaran anda, Salted Caramel Popstar Cake ni pasti akan memeriahkan apa jua majlis! Kek ni memenag terbaik kalau kalian peminat tegar coklat dan karamel. Tengok la sendiri lapisan sos coklat dan karamel asin yang ‘melimpah’ dari kek ini -- siap dihiasi bertih jagung lagi. Betul-betul membangkitkan selera~
Pernah tak makan sesuatu yang sangat menyelarakan sampai kalian ‘terpadam’? Kalau belum jom try Blackout Chocolate Cake ni! Tak cukup lagi dengan isi kek coklat yang moist, kami tambah lagi krim pastri coklat berkrim dan hirisan coklat! Kalau kalian jenis yang akan buat apa sahaja untuk kek coklat memang kalian akan blackout dengan hanya satu gigitan~
Kalau nak tengok pelangi kena tunggu hujan turun. Tapi dengan Rainbow Ruffle Cake ni bila-bila je boleh tengok! Kek vanilla yang berwarna-warni dan selembut awan di langit ni pasti akan membuat sesiapa sahaja tersenyum pada hari yang muram~
Kek coklat double! Itu dia Chocolate Salted Caramel Cookie Cake! Kek coklat dan sos karamel asin tu bukanlah kombinasi yang pelik. Tapi pernah tak tengok topping yang dihiasi dengan serpihan-serpihan biskut berkrim? Paling best sekali, ada satu lagi tingkat kek coklat ini yang ada topping yang sama!
Nak cari kek yang kena dengan citarasa sendiri tu kadangkala boleh jadi rumit, lagi-lagi cheesecake. Mesti nak cari yang cukup berkrim dan lembut kan? Tak payah susah-susah cari dah, The RussianWhiskers Mango Cheesecake kan ada! Bukan selalu dapat makan cheesecake yang fresh dan membuat kalian rasa macam bersantai di tepi pantai~
Rasa nak chill kalau rasa panas semacam je hari ni? Valrhona Dark Chocolate Ice Cream Cake sedia membantu~ Rangup ada, chill ada, ketulan brownies pun ada untuk kasi surprise sikit. Nak lagi padu topping kek ni guna Gula Melaka crumbles untuk kasi kek ni lagi padu!
Macam kita juga, kek ada pelbagai jenis personaliti dan daya tarikannya yang tersendiri. Walaupun tak semua suka sesuatu kek itu, pasti masih ada je kek yang sesuai untuk semua orang. Itu yang membuatkan kek ni suatu hadiah yang istimewa~ Jadi kami dari Eat Cake Today bertungkus lumus untuk memberi kalian kek yang mengujakan dari segi pertunjukan dan citarasa~
Ikutkan banyak je lagi kek-kek yang boleh memukau dengan sekali pandang je! Kalau nak tengok koleksi kek-kek yang digemari ramai boleh klik di sini: https://www.eatcaketoday.com/collections/all-cakes