icon icon
Menu
Cart 0

Eat Cake Today Anjur “Pertunjukan Kek 2019” Untuk Perlihatkan Pilihan Terbaik & Trend Kek Bagi 2020

Posted by Eat Cake Today on

Pertunjukan keindahan seni gubahan coklat dan gula oleh chef pemenang anugerah

 

Kuala Lumpur, 19 Sept 2019 – Seperti minggu fesyen di Eropah pada bulan September yang memaparkan busana anggun musim akan datang yang pasti menggegar kota London, Milan, Paris dan New York, ‘Eat Cake Today’ (ECT) mencetuskan kegemparan di persada tempatan dengan platform yang setanding untuk memperlihatkan trend popular dan trend masa depan yang kreatif – SENI MEMBUAT & MENGHIAS KEK.

ECT hari ini meraikan wakil media dan tokoh gaya hidup yang berpengaruh dengan pertunjukan pelbagai jenis kek, seni membuat kek, seni keindahan gubahan coklat dan gula, serta trend terkini dan masa depan dalam dunia konfeksi.

Encik Ang Boon Chow, (B.C Ang) Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif Eat Cake Today, menjelaskan bahawa Eat Cake Today sentiasa memendam impian untuk menjadi perintis trend dalam dunia konfeksi dengan menghasilkan pelbagai jenis kek yang unik dan bekerjasama dengan para pembuat kek muda yang berbakat, dengan sesetengah daripada mereka telah memenangi augerah antarabangsa dalam bidang ini.

“Pertunjukan Kek sulung kami ini adalah yang pertama sepertinya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Asia Tenggara, untuk memperkenalkan rakyat Malaysia kepada trend kek tahun ini dan yang akan datang pada 2020”, kata Ang. 

“Pertunjukan kek kepada media ini adalah sama seperti pertunjukan minggu fesyen yang berlangsung di ibu kota fesyen Eropah – dalam usaha menghargai seni membuat kek, melihat kek yang menjadi kegemaran ramai sekarang dan trend kek bagi tahun berikutnya. Dan jika segalanya berjalan lancar, kami merancang untuk menjadikannya satu acara tahunan.

Buat masa ini kami menyediakan pelbagai pilihan dan jenis kek untuk orang ramai. Ini adalah juga platform untuk ECT melancarkan kek premiumnya melalui portal dalam talian untuk mereka yang mencari kek unik dan mewah,” kata Ang. 

Di acara pertunjukan ini, tiga chef pastri muda yang berbakat besar, iaitu Chef Chong Ko Wai, Chef Lawrence Cheong dan Chef Chen May Ling, mengadakan pertunjukan dan persembahan Seni Keindahan Gubahan Coklat dan Gula bertaraf antarabangsa.

Chef Chong Ko Wai dan Chef Lawrence Cheong telah menyediakan gubahan meja vintaj dan peralatan rumah dengan pastri daripada coklat untuk Pertunjukan Kek ECT.

Chef Chong Ko Wai, pemenang pingat perak Mondial des Arts Sucres 2016, telah menghasilkan gubahan gula dan coklat yang cantik dengan tema “Alice in the Wonderland” bagi melayakkannya memenangi Pingat Perak 2016.

Chef Lawrence Cheong, mendapat tempat ke-4 dalam Coupe du Monde de la Patisserie 2015 di Lyon (Piala Pastri Dunia 2015) dengan gubahan coklat dan kek aiskrim. Beliau juga memenangi anugerah gubahan coklat terbaik pada 2015 dengan tema “Beauty and the Beast”.

Chef Chen May Ling, pemenang pingat gangsa dalam Pertandingan FHM Culinaire Malaysia 2017 bagi kategori Paparan Artistik dengan gubahan coklat yang menarik. Beliau telah menggubah Bunga Gula yang cantik untuk menghiasi kek perkahwinan untuk Pertunjukan Kek ECT, dinamakan “Sugar Flower Wedding Cake” (Kek haute couture Perkahwinan Bunga Gula).

Kerjasama diantara perundingan R & D, C3 Lab dan ECT, Chefs Chong Ko Wai, Lawrence Cheong dan Chen May Ling, telah menghasilkan pelbagai jenis kek premium yang hanya boleh dipesan secara eksklusif dari ECT di bawah jenama C3 Lab.

Mereka telah disertai oleh chef Edwin Chan dan Cindy Chan yang bersama-sama mempersembahkan trend kek terkini, khususnya kek & manisan yang menambat hati dan selera hadirin dan tetamu jemputan pada hari ini:-

  • Decadent Jar Desserts – Manisan dan juadah miniatur yang dibuat sepenuhnya dari mula, dengan menggunakan bahan semula jadi bermutu tinggi, dalam 3 perisa berlainan dan dipersembahkan dalam balang! Seperti kata pepatah kecil-kecil cili padi. Meskipun comel pasti menambat selera. Manisan ini nampak cantil dan lazat dihidangkan dalam balang-balang kecil lagi comel yang menjadikannya manisan sesuai untuk minum petang, perkelahan dan jamuan istimewa untuk kanak-kanak, kawan-kawan, dan sebagainya. Tiga perisa berlainan adalah Mousse Yogurt Strawberi, Mousse Oren Vanila, dan Mousse Kacang Tanah dengan Span Vanila.

 

  • Boba Lava Cake – Jika anda sudah lama mengidamkan kek teh susu boba, inilah peluang untuk anda menikmatinya. Kek sifon perisa teh susu yang lembut dan gebu dengan taburan mutiara boba di atasnya atau tersembunyi di dalam kek adalah benar-benar seperti ledakan boba ala Boomerang! Jangan meneka rasa daripada rupanya, kami mencabar anda supaya mencuba kelazatan Kek Lava Boba ni!

 

  • Gems of the Blue Cake 10” – Trend kek geod kini sedang menguasai internet! Kek geod nilam yang cantik dan lazat ini membawakan tekstur gula Kristal yang berceranggah. Kek cantic omo juga dihiasai bunga gula buatan tangan yang ideal untuk apa jua jamuan korporat dan majlis perkahwinan. Kek istimewa ini berkilauan dengan seribu sinar cahaya! Kek asas terdapat dalam dua perisa yang boleh pilih daripada Coklat Belgian dan mentega vanila. Akhir sekali tetapi tidak kurang penting, asas kek menawarkan pilihan kek betul (boleh makan) atau kek hiasan (olok-olok) untuk tingkat-tingkat yang berlainan.

 

  • Macarons Fault Line Cake – Tambahan sentuhan metalik dan makaron di bahagian tengah kek menjadikannya tampak seperti kek retak! Kek asas berperisa coklat karamel masin ini diselaputi krim mentega vanila dengan hiasan hari jadi akrilik emas di atasnya. Kek dengan garis-garis retak ini menjadikan kek perayaan anda satu-satunya gubahan seni sepertinya!

 

  • Gravitiminion Cake 10” (Topsy Turvy Cake) – Kek luar biasa ini sesungguhnya menjanjikan kelainan dan kemeriahan untuk parti anda. Ia mengandungi berbilang lapis dan setiap lapis dicondongkan dengan cara yang aneh tetapi dengan perkiraan yang tepat. Jika anda mencari sesuatu yang unik, kek minion tunggang terbalik ini menjanjikan keseronokan dan sesuai untuk parti hari jadi gila-gila atau majlis keramaian istimewa. Tetamu jemputan anda pasti kagum dengan kek yang sangat kreatif dan menakjubkan ini!

  • Projection Mapping Cake – Kegilaan terkini membawa kek ke satu tahap serba baharu. Satu cara hebat untuk menjadikan kek anda benar-benar satu tumpuan keajaiban ialah teknologi pemetaan projeksi atau penayangan yang diguna pakai untuk kek kotak bertingkat ini. Teknik pencahayaan dan penayangan yang menakjubkan menjadikan kek hasil gubahan seni zaman moden ini sangat unik dan sungguh menakjubkan! Anda boleh memilih kata-kata ucapan dan corak animasi mengikut gaya peribadi anda. Kek pemetaan ini akan membuat tetamu jemputan anda leka dilamun pengalaman animasi yang sukar dilupakan!

Selain merupakan perintis portal tempahan dan penghantaran kek yang menawarkan kek yang mengikuti perkembangan terkini, unik dan dibuat khas, ECT sedang mengorak langkah ke depan untuk menawarkan perkhidmatan menyeluruh dalam dunia konfeksi dengan menganjurkan siri bengkel & kursus membuat kek yang baharu. Dan buat pertama kalinya, menerusi kerjasama dengan tiga chef pastri, iaitu Chong, Lawrence & May Ling, ECT akan menawarkan kelas Chocolate Showpiece Master tersendiri, kelas-kelas Sugar Showpiece tersendiri, kelas-kelas Sugar Flower untuk berkongsi pengetahuan dan minat dalam seni gubahan coklat dan gula dengan mereka yang berminat dalam bidang yang sama.

 

Untuk maklumat lanjut, klik www.eatcaketoday.com atau hubungi tel: 017-8800153.


Share this post



← Older Post Newer Post →