EAT CAKE TODAY PAMER KEK TERBAIK SEMPENA PERTUNJUKAN KEK 2019
Posted by Eat Cake Today on
Assalamualaikum semua.. Bila sebut kek je mesti semua terbayang masa sambutan hari jadi. Tak pun time kenduri kahwin. Tapi korang tahu tak yang kek ni pun ada pertunjukan juga. Ala, macam fesyen jugak ada minggu fesyen week kan. Ha, macam tu la jugak kek ni. Bayangkan pelbagai jenis kek yang cantik dan unik dipamerkan. Mesti terliur tengok kecantikan dan keunikan kek yang dipamerkan tu.
Baru-baru ni sis sendiri ada menghadiri majlis Pertunjukan Kek 2019 yang dianjurkan oleh Eat Cake Today. Pameran ini diadakan bertujuan untuk mempamerkan pilihan terbaik dan trend kek untuk tahun 2020. Perghh, memang cantik-cantik kek yang dipamerkan. Teruja sis tengok ketelitian hiasan kek yang dipamerkan. Aishh, tengok luaran pun dah terliur, belum rasa lagi.
Bayangkan satu meja penuh dengan kek. Ada pelbagai jenis kek tau. Biasa kita makan kek coklat, kek sponge, kek tiramisu, kek buah je kan tapi kat sini ada banyak kek yang unik dan tak pernah terfikir pun ia boleh dijadikan sebagai kek seperti kek jelly dan kek nasi lemak. Kek nasi lemak tu sumpah sedap tau. Actually dia betul-betul nasi lemak yang dibentukkan sebagai kek siap ada sambal, ikan bilis, timun dan udang. Kreatif sangat.
Selain tu ada juga pameran pastri yang diperbuat sepenuhnya dari coklat. Bayangkan semua hiasan di atas meja ni (rujuk gambar) diperbuat daripada coklat. Ya, nampak real kan. Ha, jangan tertipu tau. Meja warna coklat tu pun adalah coklat yang sebenar termasuk pokok, pembakar roti dan juga laci berisi surat tu. Semuanya adalah coklat.
Ternyata kredit harus diberikan kepada para pembuat kek terutama chef-chef yang muda dan berbakat ni. Iye kek-kek yang cantik ni disediakan oleh chef yang muda-muda tau. Malu sis sebab dah tua-tua ni buat kek yang basic pun tak pandai. Apatah lagi nak buat kek yang unik siap dengan deko lagi. Tabik spring la pada mereka ni terutama Chef Chong Ko Wai, Chef Lawrence Cheong dan Chef Chen May Ling. Mereka juga turut mengadakan pertunjukan dan persembahan Seni Keindahan Gubahan Coklat dan Gula bertaraf antarabangsa. Chef Chong Ko Wai dan Chef Lawrence Cheong telah menyediakan gubahan meja vintaj dan peralatan rumah dengan pastri daripada coklat untuk Pertunjukan Kek Eat Cake Today.
Chef Chong Ko Wai - pemenang pingat perak Mondial des Arts Sucres 2016, telah menghasilkan gubahan gula dan coklat yang cantik dengan tema “Alice in the Wonderland” bagi melayakkannya memenangi Pingat Perak 2016.
Chef Chen May Ling - pemenang pingat gangsa dalam Pertandingan FHM Culinaire Malaysia 2017 bagi kategori Paparan Artistik dengan gubahan coklat yang menarik. Beliau telah menggubah Bunga Gula yang cantik untuk menghiasi kek perkahwinan untuk Pertunjukan Kek Eat Cake Today, dinamakan “Sugar Flower Wedding Cake” (Kek haute couture Perkahwinan Bunga Gula).
Kalau kat atas ni dah tunjuk cara buat coklat, yang bawah ni pula untuk pembuatan kek yang unik dan menarik. Kerjasama diantara perundingan R&D, C3 Lab dan Eat Cake Today, Chefs Chong Ko Wai, Lawrence Cheong dan Chen May Ling telah menghasilkan pelbagai jenis kek premium yang hanya boleh dipesan secara eksklusif dari Eat Cake Today di bawah jenama C3 Lab. Mereka telah disertai oleh Chef Edwin Chan dan Cindy Chan yang bersama-sama mempersembahkan trend kek terkini, khususnya kek & manisan yang menambat hati dan selera hadirin dan tetamu jemputan pada hari ini:-
❖Decadent Jar Desserts – Manisan dan juadah miniatur yang dibuat sepenuhnya dari mula, dengan menggunakan bahan semula jadi bermutu tinggi, dalam 3 perisa berlainan dan dipersembahkan dalam balang! Seperti kata pepatah kecil-kecil cili padi. Meskipun comel pasti menambat selera. Manisan ini nampak cantil dan lazat dihidangkan dalam balang-balang kecil lagi comel yang menjadikannya manisan sesuai untuk minum petang, perkelahan dan jamuan istimewa untuk kanak-kanak, kawan-kawan, dan sebagainya. Tiga perisa berlainan adalah Mousse Yogurt Strawberi, Mousse Oren Vanila, dan Mousse Kacang Tanah dengan Span Vanila.
❖Boba Lava Cake – Jika anda sudah lama mengidamkan kek teh susu boba, inilah peluang untuk anda menikmatinya. Kek sifon perisa teh susu yang lembut dan gebu dengan taburan mutiara boba di atasnya atau tersembunyi di dalam kek adalah benar-benar seperti ledakan boba ala Boomerang! Jangan meneka rasa daripada rupanya, kami mencabar anda supaya mencuba kelazatan Kek Lava Boba ni!
News content from Dikbee!
Thank you Dikbee Malaysia for featuring us!
Share this post
- Tags: boba lava cake, cake delivery, cake trends 2020, chocolate showpiece, eat cake today, gems of the blue cake, gravitiminion cake, jar desserts, macarons fault line cake, malay, news, projection mapping cake, sugar flower, sugar showpiece, the cake show 2019