icon icon
Menu
Cart 0

TEMPAH KEK DENGAN MUDAH DI “EAT CAKE TODAY”

Posted by Joey Lam on

Ini berita baik untuk penggemar kek! Kini anda boleh mendapatkan perkhidmatan ‘Eat Cake Today’ – portal pesanan & penghantaran kek pertama dalam talian di Malaysia yang menghimpunkan ramai pengusaha kecil-kecilan dan pembuat kek dari rumah yang berbakat serta restoran dan kedai bakeri, untuk membuat dan menghantar kek kegemaran anda dengan petikan jari anda.

Perkhidmatan ini ibarat Grab untuk kek! Menurut Encik BC Ang, Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif Eat Cake Today, portal ini menawarkan banyak pilihan kek yang lazat dan berkualiti, dihantar daripada pembuat kek kepada pengguna dengan senang.

Semua pihak yang terlibat – baik pengurus perkhidmatan pelanggan dan pembuat kek mahupun kakitangan penghantaran – dihubungkan kepada sistem Eat Cake Today menerusi telefon pintar mereka untuk memudahkan dan menyelaraskan keseluruhan proses pesanan kek bagi memastikan pelanggan menerima kek mereka dengan puas hati, dan tepat pada masanya.

Meskipun internet / teknologi memainkan peranan penting dalam perniagaan pada zaman sekarang, sentuhan kemanusiaan pasukan tenaga kerja masih tetap diperlukan untuk memastikan pelanggan menerima kek kegemaran mereka dengan sentuhan keprihatinan dan kasih sayang.

“Sentuhan kasih sayang dan hubungan insaniah ini mencerminkan kesungguhan kami untuk mencipta saat-saat istimewa atau membantu memeriahkan perayaan untuk kawan-kawan, keluarga dan rakan sekerja.

Zaman kita menikmati kek pada hari jadi atau semasa kenaikan pangkat sudah lama berlalu. Eat Cake Today memudahkan anda untuk menikmati kek kegemaran anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda teringinkannya. Kini anda boleh menikmati kek bersama mereka yang sewajarnya berkongsi saat-saat indah ini di hujung jari anda,” kata Ang.


Lebih menarik lagi, anda pasti dapat mencari kek yang sesuai dengan keperluan peribadi dan keunikan anda. Eat Cake Today menghimpunkan 40 pembuat kek, termasuk nama terkenal seperti Baker’s Art, Cat & The Fiddle, Ennoble, Huckleberry, Little Tee Cakes, Tedboy, dan sebagainya.

Aneka Kek Keju


Panel pembuat kek dipilih berdasarkan hasil tinjau selidik pasaran. Terdapat 400 jenis kek yang boleh dipesan seperti biskut, brownies, bundts, kek keju, biskut, kek cawan, kek tanpa telur, kek fondant krim mentega, kek tanpa gluten, kek buku, mille crepe, pavlova, pai, tart, vegan tanpa susu, kek tempahan khusus, pastri, kek jeli, kek sentuhan pereka dan sebagainya.

36 Pieces of Mango & Pistachio Cream Puffs.


Kek paling laris termasuk Chocolate Salted Caramel, Gula Melaka Banana, Crunchy Nutella dan Rainbow Ruffle. Kami juga menerima pesanan untuk kek seperti Kek Cermin (Mirror Glaze), Kek Meleleh (Drip Cake), Kek Cantik Berseni boleh dimakan, Kek Biskut Gargeran dan Kek Keju Hangus.

Kek Jeli Valentine


“Selain menawarkan kesenangan untuk membeli & menghantar kek terus dari dapur kek ke rumah pelanggan, keupayaan untuk mencipta sesuatu yang berlainan adalah juga sangat penting. Oleh itu, setiap pembuat kek diminta untuk memperlihatkan keistimewaan mereka bagi mengelakkan ulangan perisa kek. “Selepas dua bulan, pemeriksaan dijalankan untuk menentukan sama ada perisa ini laku atau tidak dan sama ada ia perlu digantikan dengan yang lain. Kami menitikberatkan aspek kualiti dan kepuasan pelanggan,” jelas Ang lagi.

Sungguhpun platform ini pada mulanya lebih menumpukan kepada kepentingan pengguna, pembuat kek juga menghargainya kerana mereka dapat menunjukkan bakat mereka dan keunikan kek mereka dan seterusnya membesarkan perniagaan masing-masing.

Di samping itu, gerbang ini juga membebaskan pembuat kek daripada remeh-temeh pentadbiran seperti berurusan dengan pelanggan dan menghantar kek.

Platform ini juga menyenaraikan bahan yang digunakan untuk membuat kek memandangkan kemungkinan terdapat pengguna yang mengalami alahan. Turut disenaraikan Baked KL yang membuat kek vegan tanpa gluten. Menjelang musim perayaan akhir tahun, Eat Cake Today sibuk membuat persiapan untuk mengaturkan pengeluaran kek perayaan, kek cawan, brownies, kek buah-buahan, biskut dan juga gingerbread house.

Pesanan untuk musim perayaan boleh dibuat awal. Portal ini telah mengaturkan penghantaran pelbagai jenis kek untuk perayaan seperti Kek Hari Valentine, Kek Tahun Baru Cina, Kek Hari Ibu & Hari Bapa, Kek Lapis Raya, Kek Bulan, Kek Bertema Krismas, dan sebagainya. Keunikan Eat Cake Today ialah kesediaannya mengaturkan penghantaran pada hari yang sama, dengan menjanjikan penghantaran segera dalam masa 4 jam.

Kebanyakan kek dibuat dengan tangan oleh pembuat kek dari rumah, pembuat kek tempatan, kafe bakeri dan sebagainya. Pemilihan kek di laman web dikategorikan mengikut jenis kek dan keperluan masa pemprosesan dan penghantaran minimum, seperti pilihan 4 jam, 1 hari, 2 hari dan juga tiga hari. Harga kek antara RM40 dan RM321 setiap satu dan harga tidak termasuk caj penghantaran.

Eat Cake Today kini mempunyai 4 pembuat kek yang mendapat sijil Halal daripada JAKIM – iaitu Cake Sense, Cat & The Fiddle, Just Heavenly dan The Honest Treat. Mereka menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal.

Akhir sekali tetapi tidak kurang pentingnya, Eat Cake Today juga menawarkan kek untuk tempahan khas. Buat masa ini Eat Cake Today membuat penghantaran di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dengan mengenakan caj penghantaran RM10.00, manakala penghantaran ke kawasan luar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, seperti Shah Alam, Klang, Bukit Jalil, Kajang, Rawang dan sebagainya dikenakan caj penghantaran tambahan.

Pesanan boleh dibuat menerusi laman web www.eatcaketoday.com atau menerusi telefon 017-8800153 dari Isnin hingga Sabtu antara 9.00 pagi hingga 8.00 malam & untuk Ahad / Cuti Umum dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

KHAS BUAT PEMBACA FEMAGONLINE, dapatkan rebat RM10.00 untuk pembelian kek dengan menggunakan kod promosi “EATCAKETODAY10”  mereka. Tawaran ini adalah untuk pembelian dalam talian di www.eatcaketoday.com. Perkhidmatan penghantaran hanya di sekitar Lembah Klang sahaja. Tempoh promosi berakhir pada 31 Oktober 2018.

Eat Cake Today adalah salah satu calon CIP 300 yang terpilih di bawah program pembiayaan Cradle Fund (di bawah Kementerian Kewangan) untuk memulakan perniagaan berasaskan teknologi dan membangunkan serta mengkomersilkan produk dan perkhidmatan mereka.

News content from Femagonline > http://femagonline.blogspot.com/2018/08/tempah-kek-dengan-mudah-di-eat-cake.html?m=1

Thank you Femagonline for featuring us. 


Share this post



← Older Post Newer Post →