EAT CAKE TODAY | PAMERAN DAN DEMONSTRASI KEK TRENDING
Posted by Eat Cake Today on
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada korang semua. Mungkin ada yang menyedari saya selalu kongsikan gambar-gambar kek yang menarik dan trending di Instagram Story saya. Walaupun skill saya bukan dalam pembuatan pastry, tapi minat pada hasil seni dan kekemasan itu sangat dekat dengan saya.
Alhamdulillah saya rasa sangat bertuah kerana diberi kesempatan untuk menghadiri satu majlis dimana mempamerkan pelbagai jenis kek terkini dan trending. Eat Cake Today telah memperlihatkan kek trend popular dan trend terkini yang kreatif dimana telah terjual pertama kali Cake Portal di Malaysia. Bukan itu saja, pada majlis ni juga saya sendiri berkesempatan melihat sendiri bagaimana kek-kek ini dihasilkan melalui demonstrasi yang telah dilakukan oleh chef-chef yang berpengalaman. Tapi sekarang ada depan mata sendiri. Dan apa yang lebih best dianya dihasilkan oleh chef di Malaysia. Tak sangka betul chef-chef di Malaysia pun setanding chef antarabangsa. Selalu mampu tengok di Instagram je.
Kek-kek yang dipamerkan merupakan kek trend terkini bagi tahun 2020. Antara kek yang menjadi pilihan pada tahun hadapan adalah seperti Kek Boba, Kek 3D, Kek Kristal dan banyak lagi. Semua kek-kek ini dihasilkan daripada chef-chef terhebat yang telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa iaitu Chef Chong Ko Wai, Chef Lawrence Cheong dan Chef May Ling.
Menarik bukan? Saya sendiri pun cukup terpegun dengan kek-kek yang dipamerkan disini. Ini hanya sebahagian tau, ada banyak lagi kek yang dibuat kemas dan cantik sangat. Ada juga diantaranya sayang untuk dimakan kerana terlalu cantik.
Jenis Kek Yang Menjadi Pilihan Pada Tahun Depan
Manisan dan juadah miniatur yang dibuat sepenuhnya dari mula, dengan menggunakan bahan semula jadi bermutu tinggi, dalam 3 perisa berlainan dan dipersembahkan dalam balang! Meskipun comel pasti menambat selera. Manisan ini nampak cantil dan lazat dihidangkan dalam balang-balang kecil lagi comel yang menjadikannya manisan sesuai untuk minum petang, perkelahan dan jamuan istimewa untuk kanak-kanak, kawan-kawan, dan sebagainya. Tiga perisa berlainan adalah Mousse Yogurt Strawberi, Mousse Oren Vanila, dan Mousse Kacang Tanah dengan Span Vanila.
Jika korang sudah lama mengidamkan kek teh susu boba, inilah peluang untuk korang menikmatinya. Kek sifon perisa teh susu yang lembut dan gebu dengan taburan mutiara boba di atasnya atau tersembunyi di dalam kek adalah benar-benar seperti ledakan boba ala Boomerang! Jangan meneka rasa daripada rupanya, kami mencabar anda supaya mencuba kelazatan Kek Lava Boba ni!
Trend Kek Geode kini sedang menguasai internet! Kek Geode Nilam yang cantik dan lazat ini membawakan tekstur gula Kristal yang berceranggah. Kek ini juga dihiasai bunga gula buatan tangan yang ideal untuk apa jua jamuan korporat dan majlis perkahwinan. Kek istimewa ini berkilauan dengan seribu sinar cahaya! Kek asas terdapat dalam dua perisa yang boleh pilih daripada Coklat Belgian dan mentega vanila. Akhir sekali tetapi tidak kurang penting, asas kek menawarkan pilihan kek betul (boleh makan) atau kek hiasan (olok-olok) untuk tingkat-tingkat yang berlainan.
Tambahan sentuhan metalik dan makaron di bahagian tengah kek menjadikannya tampak seperti kek retak! Kek asas berperisa coklat karamel masin ini diselaputi krim mentega vanila dengan hiasan hari jadi akrilik emas di atasnya. Kek dengan garis-garis retak ini menjadikan kek perayaan anda satu-satunya gubahan seni sepertinya!
Gravitiminion Cake 10" (Topsy Turvy Cake)
Kek luar biasa ini sesungguhnya menjanjikan kelainan dan kemeriahan untuk parti anda. Ia mengandungi berbilang lapis dan setiap lapis dicondongkan dengan cara yang aneh tetapi dengan perkiraan yang tepat. Jika anda mencari sesuatu yang unik, kek minion tunggang terbalik ini menjanjikan keseronokan dan sesuai untuk parti hari jadi gila-gila atau majlis keramaian istimewa. Tetamu jemputan anda pasti kagum dengan kek yang sangat kreatif dan menakjubkan ini!
Kegilaan terkini membawa kek ke satu tahap serba baharu. Satu cara hebat untuk menjadikan kek anda benar-benar satu tumpuan keajaiban ialah teknologi pemetaan projeksi atau penayangan yang diguna pakai untuk kek kotak bertingkat ini. Teknik pencahayaan dan penayangan yang menakjubkan menjadikan kek hasil gubahan seni zaman moden ini sangat unik dan sungguh menakjubkan! Anda boleh memilih kata-kata ucapan dan corak animasi mengikut gaya peribadi anda. Kek pemetaan ini akan membuat tetamu jemputan anda leka dilamun pengalaman animasi yang sukar dilupakan!
Kelas Chocolate Showpiece Master
Buat pertama kalinya, menerusi kerjasama tiga chef pastri iaitu, Chong, Lawrence dan May Ling, Eat Cake Today juga menawarkan kelas Chocolate Showpiece Master tersendiri, kelas-kelas Sugar Flower untuk berkongsi pengetahuan dan minat dalam seni gubahan coklat dan gula bersama mereka yang berminat dalam bidang ini.
Bagi korang yang berminat untuk membeli dan buat tempahan kek atau nak dapatkan maklumat lanjut mengenai Eat Cake Today, korang boleh layari laman web mereka www.eatcaketoday.com atau terus berhubung melalui talian telefon 017-8800 153.
News content from Mawardi Yunus!
Thank you Mawardi Yunus for featuring us!
Share this post
- Tags: boba lava cake, cake delivery, cake trends 2020, chocolate showpiece, eat cake today, gems of the blue cake, gravitiminion cake, jar desserts, macarons fault line cake, malay, news, projection mapping cake, sugar flower, sugar showpiece, the cake show 2019