Hargai bakat, kreativiti pembuat kek
Posted by Eat Cake Today on
Kek merupakan satu hidangan terpenting bagi meraikan apa saja sambutan sama ada majlis hari jadi, perpisahan, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.
Ramai pengusaha kek kreatif dalam menghasilkan juadah pemanis mulut itu bagi memenuhi permintaan pelanggan mereka.
Melihat kepada permintaan kek yang tinggi dan ingin mengangkat seni membuat dan menghias kek, Eat Cake Today (ECT) telah menganjurkan Pertunjukan Kek 2019 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pertunjukan itu telah menampilkan pelbagai jenis kek, seni membuat kek, seni keindahan gubahan coklat dan gula serta trend terkini serta masa hadapan dalam dunia konfeksi.
Pengarah dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Eat Cake Today (ECT), Ang Boon Chow berkata, pihaknya sentiasa memasang impian untuk menjadi perintis dalam dunia konfeksi dengan menghasilkan pelbagai jenis kek yang unik.
Jelas beliau, pihaknya bekerjasama dengan para pembuat kek muda yang berbakat dan ada sesetengah daripada mereka telah memenangi pelbagai anugerah dalam bidang ini.
News content from Kosmo!
Thank you Kosmo for featuring us!
Share this post
- Tags: boba lava cake, cake delivery, cake trends 2020, chocolate showpiece, eat cake today, gems of the blue cake, gravitiminion cake, jar desserts, macarons fault line cake, malay, news, news media, news release, newspaper, press release, projection mapping cake, sugar flower, sugar showpiece, the cake show 2019